Pelakon Emma Maembong memang terkenal dengan 'natural beauty' dan sering menjadi perhatian berkaitan hubungan cintanya. Baru-baru ini, Emma Maembong dikatakan mengalami masalah jerawat yang teruk sehingga ada yang mengeluarkan kenyataan dirinya terkena buatan orang. Tuduhan tersebut mungkin agak berat tetapi kemungkinan juga ada betulnya.
Maklumlah sebelum ini Emma Maembong jarang mengalami masalah kulit seperti ini. Kulit wajah Emma Maembong yang putih bersih bebas dari jerawat sebelum ini menjadi idaman wanita diluar sana.
Kini Emma Maembong tampil menjelaskan situasi yang dihadapinya kini :
“Emma tidak berani untuk komen lebih-lebih tentang perkara ini. Tetapi ia satu situasi yang pelik kerana sebelum ini Emma tidak pernah mempunya masalah jerawat yang teruk. Tetapi dalam tempoh setahun ini, tiba-tiba kulit muka Emma ditumbuhi jerawat yang banyak sehingga kulit muka Emma terkoyak.”Diharap masalah kulit Emma Maembong kembali pulih seperti sedia kala. Walaupun berjerawat Emma tetap cantik tau. Mungkin ujian yang diterima sebagai peringatan untuk Emma Maembong pelihara kecantikan dari luar dan dalam.
“Emma juga telah menjalani banyak ujian darah dengan doktor dan mereka mengesahkan bahawa darah Emma bersih. Ia turut memberi kesan kepada kerjaya Emma. Tetapi dalam hal ini, Emma cuba berfikiran positif dan insyaAllah semuanya akan kembali baik,”
No comments:
Post a Comment